1.0 NAMA PROGRAM
Perkhemahan Unit Berunifrom Peringkat Sekolah 2017.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Pada tahun ini, perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahap 2 seramai 43 orang murid daripada dua unit beruniform iaitu BSMM dan TKRS. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.
5.0 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : En. Jameri Bin Jais (Guru Besar) Naib Pengerusi : En. Menga Ak Bana (PK 1) Ketua Projek : En. Sabeni Bin Ulis (PK KK) Setiausaha : En. Desmond Daniel Ak Copta Bendahari : Pn. Josephine Mutang / Pn. Madeline Jinam Ketua Perkhemahan : En. Desmond Daniel Penolong Ketua Perkhemahan : Pn. Doreen Ak Jepon Penyelaras Unit Beruniform : En. Sabeni Bin Ulis Penasihat BSMM : Cik. Nur Azreen Penasihat TKRS : Cik. Repah Ungan & Cik. Fatehah Faezah 6.0 AHLI JAWATANKUASA
7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN Perkhemahan tersebut akan diadakan sepert butiran berikut:
8.0 SASARAN PENYERTAAN Program ini mensasarkan kepada ahli unit beruniform Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah tahap 2 seramai 43 orang peserta. 9. 0 SENARAI TUGAS Berikut merupakan antara senarai tugas bagi setiap jawatan yang dipegang oleh setiap individu. Sila rujuk kepada bidang tugas masing-masing bagi melancarkan perjalanan program dan sangat digalakkan untuk membantu ahli yang lain. Bil. Jawatan Antara bidang tugas 1. Ketua Projek a. Membentuk jawatankuasa b. Mempengerusikan mesyuarat c. Merujuk kepada penasihat 2. Setiausaha a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang. 3. Bendahari a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya. 4. Ketua & Penolong Perkhemahan a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat. 5. Peralatan a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal. 6. Keselamatan a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan. 7. Makanan dan Minuman a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar. 8. Dokumentasi a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan. 9. Ibadah a. Memimpin para peserta solat berjemaah. b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib. c.Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian. 10. Pengangkutan a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para peserta. 11. Hadiah dan Cenderamata a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program 12. Disiplin Peserta a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan. 13. Pengesahan Pendaftaran a. Memastikan para peserta sudah berada di dewan Blok B sebelum bertolak. b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha. 14. Siaraya
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan adalah tertakluk kepada peruntukan yang disediakan atau digunakan oleh sekolah. 11.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN Jumaat 6 Okt 2017 MENU Minum petang Air teh, biskut/roti & kuih Makan malam Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, air sirap Sabtu 7 Okt 2017 MENU Sarapan pagi Mi goreng, air teh Minum pagi Air Milo, kuih Makan tengahari Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren Minum petang Air teh, roti bun Makan malam Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap Ahad 8 Okt 2017 MENU Sarapan pagi Air nescafe, nasi goreng, telur dadar Minum pagi Air teh, kuih Makan tengahari Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur 12.0 TENTATIF PROGRAM Jumaat 6 Okt 2017 MASA PERKARA GURU BERTUGAS 1415 – 1500 hrs Pengesahan pendaftaran AJK Pengesahan Pendaftaran 1500 – 1600 hrs Bertolak ke tapak perkhemahan AJK Pengangkutan 1600 – 1730 hrs Dijangka tiba Taklimat oleh ketua perkhemahan Agihan kumpulan Kawad Ketua & Pen Perkhemahan Jurulatih 1700 – 1730 hrs Minum petang Solat Asar AJK Ibadah 1730 – 1900 hrs Game Station Jurulatih / Guru Penasihat 1900 – 2000 hrs Mandi, makan malam Solat Maghrib AJK makanan AJK Ibadah 2000 – 2230 hrs LDK 1 i. Visi & misi persatuan ii. Kelebihan berpersatuan Modul 1 i. Hubungan manusia dengan manusia di muka bumi Jurulatih / Guru Penasihat 2330 – 0000 hrs LDK 2 i. Bersatu teguh bercerai roboh Jurulatih / Guru Penasihat 0000 – 0530 hrs Tidur Sabtu 7 Okt 2017 MASA PERKARA GURU BERTUGAS 0530 – 0600 hrs Bangun tidur, kemas diri 0600 – 0700 hrs Solat AJK Ibadah 0700 – 0800 hrs Senaman pagi Jurulatih / Guru Penasihat 0800 – 0830 hrs Sarapan pagi AJK Makanan 0830 – 1200 hrs Modul 2 i. Tatacara mendirikan khemah ii. Cara menghidupkan api iii. Cara membuat perangkap binatang LDK 3 i. Masak nasi di dalam buluh Jurulatih / Guru Penasihat 1200 – 1330 hrs Makan tengahari AJK Makanan 1330 – 1430 hrs LDK 4 i. Cara bersolat di dalam hutan ii. Membuat sejadah daripada daun iii. Aturan pakaian lelaki & perempuan ketika solat Jurulatih / Guru Penasihat 1430 – 1630 hrs Asas pertolongan cemas Ciri-ciri pertolongan cemas LDK 5 i. Latihan kecemasan Jurulatih / Guru Penasihat 1630 – 1700 hrs Minum petang Solat AJK Ibadah AJK makanan 1700 – 1900 hrs Simulasi kapal terbang terhempas Jurulatih / Guru Penasihat 1900 – 2000 hrs Mandi dan makan malam Solat Maghrib AJK makanan AJK ibadah 2000 – 2230 hrs Komunikasi sebagai seorang pemimpin LDK 6 i. Radio rosak Jurulatih / Guru Penasihat 2230 – 2300 hrs Minum malam Solat Isyak AJK makanan AJK ibadah 2300 – 00.30 hrs Night walk Jurulatih / Guru Penasihat 0030 – 0530 hrs Tidur Ahad 3 Julai 2011 MASA PERKARA GURU BERTUGAS 0530 – 0600 hrs Bangun tidur, kemas diri 0600 – 0700 hrs Solat dan kuliah Subuh AJK Ibadah 0700 – 0730 hrs Senaman pagi Jurulatih / Guru Penasihat 0730 – 0800 hrs Sarapan pagi AJK makanan 0800 – 1030 hrs Jungle tracking Jurulatih / Guru Penasihat 1030 – 1100 hrs Minum pagi AJK ibadah 1100 – 1230 hrs Refleksi Jurulatih / Guru Penasihat / Semua guru 1230 – 1300 hrs Makan tengahari Majlis penutup AJK makanan Semua guru Jurulatih / Guru Penasihat 1430 hrs Dijangka tiba di sekolah Penutup Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.
21 Comments
ahmad zaki bin ramli
5/15/2018 12:07:01 pm
mohon copy kertas kerja perkhemahan ini untuk diubah suai bagi kegunaan sekolah.
Reply
YatiBuman
3/12/2019 02:22:58 pm
mohon copy.
Reply
Mohd Fairus bin Ismail
9/12/2018 11:42:02 am
Lengkap dan amat sesuai. Terbaik pengnjur.. Tahniah
Reply
suzilawati binti md saleh
9/24/2018 12:42:55 pm
tahniah kertas kerja yang lgkp. mohon copy untuk kegunaan program perkemahan sekolah saya. tq
Reply
Annur
10/8/2018 10:34:24 pm
kertas kerja yang menarik dan bagus. mohon copy dan diubah suai guna
Reply
ZURAINA BACHIK
6/12/2019 08:12:01 am
slmt pg...
Reply
NADWA
6/18/2019 11:30:52 am
ASSALAMUALAIKUM. MOHON COPY YE TUAN SEBAGAI RUJUKAN.
Reply
Tuesda
7/3/2019 05:51:13 pm
TQ. mohon guna, ubah suai utk rekreasi pend.khs. GB
Reply
Aeron
8/6/2019 11:02:55 am
pinjam ar. hehe
Reply
Desmond
8/6/2019 11:10:14 am
Boleh bh
Reply
Kate
8/19/2019 03:01:03 pm
mohon copy.. tq
Reply
northen
8/26/2019 11:47:44 am
mohon copy
Reply
amirah
9/20/2019 12:08:37 pm
mohon copy utk buat kerja kursus 👌🏻 terima kasih
Reply
Normala
9/21/2019 07:42:11 pm
Mohon copy untuk rujukan kerja kursus.
Reply
SAFTUYAH
9/23/2019 03:26:54 pm
Mohon guna dan diubahsuai sebagai rujukan. Tq tuan.
Reply
shuhaila
10/1/2019 09:43:24 am
Saya mohon untuk kongsi kertas kerja ini ya tuan.terima kasih
Reply
Alias
12/13/2019 11:38:22 pm
Mohon kebenaran cikgu untuk dijadikan panduan.TK.
Reply
NAS
1/1/2020 01:05:12 am
Mohon kebenaran dijadikan panduan
Reply
IDA
2/3/2020 10:24:26 pm
Mohon copy untuk dijadikan rijukan dan diubahsuai.
Reply
Tarmizi b awang hamat
2/24/2020 09:37:55 am
Mohon copy. Tqvmuch
Reply
MOHAMAD IBRAHIM ADHAM BIN ROHAIDI
10/30/2021 11:56:18 am
Mohon copy untuk rujukan sebagai draft kertas kerja BSMM
Reply
Leave a Reply. |
PENULISDESMOND DANIEL ANAK COPTA ARCHIVESKATEGORI
All
ALL IS WELL |