1.0 NAMA PROGRAM
Perkhemahan Unit Berunifrom Peringkat Sekolah 2017.
Perkhemahan juga dapat mendidik murid-murid percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. Melalui aktiviti-aktiviti yang disediakan, mereka akan didedahkan dengan suatu persekitaran baru. Ia juga memberikan satu rasa dengan menanam sifat keberanian dan kepercayaan internal dan intrapersonal. Pada tahun ini, perkhemahan unit-unit beruniform yang melibatkan murid tahap 2 seramai 43 orang murid daripada dua unit beruniform iaitu BSMM dan TKRS. Dengan semangat dan kepercayaan, adalah diharapkan program ini akan mencapai objektifnya. Adalah sangat diharapkan agar perkhemahan ini akan dapat memberikan peluang kepada murid-murid menonjolkan kemampuan diri mereka. Di samping menimba pengalaman, perkhemahan ini nanti akan dapat mengeratkan tali persaudaraan sesama murid dan juga guru-guru.
5.0 JAWATANKUASA INDUK Pengerusi : En. Jameri Bin Jais (Guru Besar) Naib Pengerusi : En. Menga Ak Bana (PK 1) Ketua Projek : En. Sabeni Bin Ulis (PK KK) Setiausaha : En. Desmond Daniel Ak Copta Bendahari : Pn. Josephine Mutang / Pn. Madeline Jinam Ketua Perkhemahan : En. Desmond Daniel Penolong Ketua Perkhemahan : Pn. Doreen Ak Jepon Penyelaras Unit Beruniform : En. Sabeni Bin Ulis Penasihat BSMM : Cik. Nur Azreen Penasihat TKRS : Cik. Repah Ungan & Cik. Fatehah Faezah 6.0 AHLI JAWATANKUASA
7.0 BUTIRAN PERKHEMAHAN Perkhemahan tersebut akan diadakan sepert butiran berikut:
8.0 SASARAN PENYERTAAN Program ini mensasarkan kepada ahli unit beruniform Bulan Sabit Merah dan Tunas Kadet Remaja Sekolah tahap 2 seramai 43 orang peserta. 9. 0 SENARAI TUGAS Berikut merupakan antara senarai tugas bagi setiap jawatan yang dipegang oleh setiap individu. Sila rujuk kepada bidang tugas masing-masing bagi melancarkan perjalanan program dan sangat digalakkan untuk membantu ahli yang lain. Bil. Jawatan Antara bidang tugas 1. Ketua Projek a. Membentuk jawatankuasa b. Mempengerusikan mesyuarat c. Merujuk kepada penasihat 2. Setiausaha a. Menjalankan tugas-tugas kesetiausahaan b. Urusan surat menyurat dan borang. 3. Bendahari a. Mengutip, menyelaras dan menyediakan penyata kewangan berkaitan program. b. Memastikan segala perbelanjaan berjalan dengan lancar seperti yang sepatutnya. 4. Ketua & Penolong Perkhemahan a. Merancang segala pengisian aktiviti. b. Memastikan segala aktiviti berjalan dengan lancar dan selamat. 5. Peralatan a. Merancang dan menentukan peralatan yang diperlukan untuk program. b. Memastikan segala peralatan dibawa ke tapak perkhemahan dan dibawa pulang ke sekolah dengan keadaan baik seperti asal. 6. Keselamatan a. Menyediakan peti pertolongan cemas yang lengkap. b. Memastikan keselamatan para peserta terjamin disepanjang aktiviti. c. Mengambil tindakan awal dengan pantas sekiranya berlaku kecemasan. 7. Makanan dan Minuman a. Merancang dan menentukan menu makanan b. Merancang jadual makan dan minum peserta, guru dan jurulatih c. Memastikan urusan semasa makan berjalan dengan lancar. 8. Dokumentasi a. Mencatat segala aktiviti yang berjalan. b. mengambil foto untuk setiap aktiviti. c. Menyediakan laporan perkhemahan dan dokumentasikan. d. Berhubung dengan setiausaha untuk mendapatkan bahan-bahan untuk didokumentasikan. 9. Ibadah a. Memimpin para peserta solat berjemaah. b. Mengelolakan kuliah subuh dan maghrib. c.Menyelaras dan menjalankan program untuk slot keagamaan/kerohanian. 10. Pengangkutan a. Menguruskan pengangkutan pergi dan balik para peserta. 11. Hadiah dan Cenderamata a. Menyediakan hadiah dan cenderamata program 12. Disiplin Peserta a. Mengawal disiplin para peserta sepanjang perkhemahan. 13. Pengesahan Pendaftaran a. Memastikan para peserta sudah berada di dewan Blok B sebelum bertolak. b. Semak kehadiran murid berdasarkan nama yang akan diberikan oleh setiausaha. 14. Siaraya
10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Anggaran perbelanjaan adalah tertakluk kepada peruntukan yang disediakan atau digunakan oleh sekolah. 11.0 MENU MAKANAN DAN MINUMAN Jumaat 6 Okt 2017 MENU Minum petang Air teh, biskut/roti & kuih Makan malam Nasi putih, ayam goreng, sayur campur, air sirap Sabtu 7 Okt 2017 MENU Sarapan pagi Mi goreng, air teh Minum pagi Air Milo, kuih Makan tengahari Nasi putih, ayam masak kari, sayur goreng, air oren Minum petang Air teh, roti bun Makan malam Nasi putih, daging goreng, sayur, air sirap Ahad 8 Okt 2017 MENU Sarapan pagi Air nescafe, nasi goreng, telur dadar Minum pagi Air teh, kuih Makan tengahari Nasi putih, ayam masak merah, telur dadar, sayur 12.0 TENTATIF PROGRAM Jumaat 6 Okt 2017 MASA PERKARA GURU BERTUGAS 1415 – 1500 hrs Pengesahan pendaftaran AJK Pengesahan Pendaftaran 1500 – 1600 hrs Bertolak ke tapak perkhemahan AJK Pengangkutan 1600 – 1730 hrs Dijangka tiba Taklimat oleh ketua perkhemahan Agihan kumpulan Kawad Ketua & Pen Perkhemahan Jurulatih 1700 – 1730 hrs Minum petang Solat Asar AJK Ibadah 1730 – 1900 hrs Game Station Jurulatih / Guru Penasihat 1900 – 2000 hrs Mandi, makan malam Solat Maghrib AJK makanan AJK Ibadah 2000 – 2230 hrs LDK 1 i. Visi & misi persatuan ii. Kelebihan berpersatuan Modul 1 i. Hubungan manusia dengan manusia di muka bumi Jurulatih / Guru Penasihat 2330 – 0000 hrs LDK 2 i. Bersatu teguh bercerai roboh Jurulatih / Guru Penasihat 0000 – 0530 hrs Tidur Sabtu 7 Okt 2017 MASA PERKARA GURU BERTUGAS 0530 – 0600 hrs Bangun tidur, kemas diri 0600 – 0700 hrs Solat AJK Ibadah 0700 – 0800 hrs Senaman pagi Jurulatih / Guru Penasihat 0800 – 0830 hrs Sarapan pagi AJK Makanan 0830 – 1200 hrs Modul 2 i. Tatacara mendirikan khemah ii. Cara menghidupkan api iii. Cara membuat perangkap binatang LDK 3 i. Masak nasi di dalam buluh Jurulatih / Guru Penasihat 1200 – 1330 hrs Makan tengahari AJK Makanan 1330 – 1430 hrs LDK 4 i. Cara bersolat di dalam hutan ii. Membuat sejadah daripada daun iii. Aturan pakaian lelaki & perempuan ketika solat Jurulatih / Guru Penasihat 1430 – 1630 hrs Asas pertolongan cemas Ciri-ciri pertolongan cemas LDK 5 i. Latihan kecemasan Jurulatih / Guru Penasihat 1630 – 1700 hrs Minum petang Solat AJK Ibadah AJK makanan 1700 – 1900 hrs Simulasi kapal terbang terhempas Jurulatih / Guru Penasihat 1900 – 2000 hrs Mandi dan makan malam Solat Maghrib AJK makanan AJK ibadah 2000 – 2230 hrs Komunikasi sebagai seorang pemimpin LDK 6 i. Radio rosak Jurulatih / Guru Penasihat 2230 – 2300 hrs Minum malam Solat Isyak AJK makanan AJK ibadah 2300 – 00.30 hrs Night walk Jurulatih / Guru Penasihat 0030 – 0530 hrs Tidur Ahad 3 Julai 2011 MASA PERKARA GURU BERTUGAS 0530 – 0600 hrs Bangun tidur, kemas diri 0600 – 0700 hrs Solat dan kuliah Subuh AJK Ibadah 0700 – 0730 hrs Senaman pagi Jurulatih / Guru Penasihat 0730 – 0800 hrs Sarapan pagi AJK makanan 0800 – 1030 hrs Jungle tracking Jurulatih / Guru Penasihat 1030 – 1100 hrs Minum pagi AJK ibadah 1100 – 1230 hrs Refleksi Jurulatih / Guru Penasihat / Semua guru 1230 – 1300 hrs Makan tengahari Majlis penutup AJK makanan Semua guru Jurulatih / Guru Penasihat 1430 hrs Dijangka tiba di sekolah Penutup Adalah sangat diharapkan melalui program yang dirancang ini bakal melahirkan insan yang kental jiwanya, bersih dan bersemangat. Mempunyai jati diri dan sifat ingin berdikari. Pihak jawatankuasa dengan seberapa daya merancang dan berusaha untuk merealisasikannya. Apa yang paling penting adalah kesungguhan para peserta itu sendiri untuk melibatkan diri dengan aktiviti yang telah disusun untuk mereka. Melalui program ini juga, adalah diharapkan ianya berjaya dilaksanakan tanpa berlaku sebarang kemalangan dan kecederaan. Dengan berakhirnya program ini juga nanti, segala bahan dan pengalaman serta segala bentuk proses yang dilalui akan dapat dijadikan sumber rujukan untuk individu atau kumpulan seterusnya merancang dan mengelola program seumpama dengan lebih baik.
21 Comments
1.0 NAMA PROGRAM
Program Merentas Desa Sempena Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah 2017. 2.0 PENGENALAN Dasar Sukan Negara merupakan dasar pembangunan sukan ke arah pembentukan budaya sukan dan pemantapan integrasi nasional menerusi penglibatan masyarakat secara menyeluruh dan pencapaian kecemerlangan di peringkat antarabangsa. Oleh sebab itu, hasil Mesyuarat Jemaah Menteri pada 28 Januari 2015 telah bersetuju dengan memorandum daripada Menteri Belia dan Sukan, pelaksanaan Sambutan Hari Sukan Negara akan diadakan pada hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Justeru, pada tahun ini sambutan tersebut akan diadakan pada 10 Oktober 2015 (Sabtu). 3.0 RASIONAL Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020. Pada tahun 2016 ini, sambutan Hari Sukan Negara bakal diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan Sambutan Hari Sukan Negara tersebut yang akan diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya akan berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan. Hari Sukan Negara ini adalah penting di dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar 40 peratus berbanding dengan 50 hingga 60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui amalan gaya hidup cergas dan aktif pada masa yang sama dapat membantu menurunkan kadar penyakit kronik dikalangan rakyat Malaysia. 4.0 OBJEKTIF Pada akhir program ini para peserta akan dapat: 4.1 Menerapkan budaya sukan dikalangan rakyat, 4.2 Mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan peserta, dan ibubapa dengan ahli jawatankuasa penganjur, 4.3 Memupuk keyakinan dan sikap tidak berputus asa dalam diri para peserta, 4.4 Membentuk peserta agar sentiasa berfikiran positif, 4.5 Meningkatkan pengetahuan sukan dikalangan rakyat. 4.4 Memberi peluang kepada peserta dalam menunjukkan bakat masing – masing, 4.5 Melahirkan nilai – nilai murni dalam diri seperti kerjasama, rajin dan bertanggungjawab. 5.0 TARIKH 6.0 KUMPULAN SASARAN
7.0 LOKASI
8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN Tiada peruntukan bagi menjalankan program ini. Sumber kewangan adalah melalui kutipan yuran RM10 di kalangan para guru, staf-staf sekolah, AKS, pengawal keselamatan dan pekerja swasta. 9.0 TENTATIF PROGRAM 0800 0840
10.0 CADANGAN LALUAN MERENTAS DESA Padang Sekolah SKUK Jambatan Meruji Ke Lempa Mula/ Tamat Check Point
12.0 AHLI JAWATANKUASA PROGRAM 12.1 Jawatankuasa Induk Penaung : En. Lem Ak Riji (Guru Besar SK Ulu Kabo) Penasihat 1 : En. Menga Ak Bana (PK 1 SK Ulu Kabo) Penasihat 2 : Cik Repah Ak Ungan (PK HEM) Ahli-ahli : Semua guru & AKS 12.2 Jawatankuasa Kerja Pengerusi : En. Sabeni Bin Ulis (PK Kokurikulum) Setiausaha : En. Desmond Daniel Ak Copta Bendahari : Cik Fatehah Faezah Pengacara : Pn. Doreen Instruktor Senaman Ringan : En. Desmond Daniel & Muridnya Persiapan Tempat dan PA : En. Zulhairie Jurufoto : Cik. Nur Azreen Makanan dan minuman : Pn. Madeline (K) : Pn. Anna : Pn. Esther Pendaftaran Peserta : Semua guru kelas dan guru Pra Sekolah Keselamatan : En. Ngelingkong (K) dan ahli-ahli Marshall @ Lalu Lintas : En. Desmond Daniel : En. Aman Bundak : En. Jit Dugat : En. Telajan Sulau : En. Zulhairi : En. Menga Bana : En. Ngelingkong : En. Galau : En. Jamba Penutup Diharapkan program seumpama ini dapat mencapai objektif dan matlamat yang dirancangkan serta akan dapat mewujudkan kerjasama yang erat dan persefahaman yang seiringan antara pihak sekolah dan ibu bapa dalam misi kecergasan negara. |
PENULISDESMOND DANIEL ANAK COPTA ARCHIVESKATEGORI
All
ALL IS WELL |