PROFIL DIRI
|
Desmond Daniel Anak Copta diberi tanggal 17 Ogos 1991. Anak kedua daripada empat orang adik beradik. Memulakan persekolahan di Tadika Kem Penrissen Batu 8, Kuching sebelum berpindah ke SK Parun Suan, Serian hingga tahun 6. Meneruskan sekolah peringkat menengah di SMK Taee, Serian sebelum berpindah semula ke Kuching. Tingkatan 3 di SMK Wira Penrissen, Kuching sebelum masuk ke SM Teknik Matang, Kuching. Seterusnya, mendapat tawaran bagi melanjutkan pendidikan ke Institut Perguruan Rajang, Bintangor Sarawak dalam pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah. Berjaya menamatkan pengajian ijazah pertama pada Disember 2014 dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama, syukur dengan anugerahnya.
Penempatan pertama sebagai guru novis di SK ULU KABO, 95400 Saratok, Sarawak pada Januari 2015 hingga Disember 2018. Bermula Januari 2019 ditempatkan di SK ULU SAPI, TELUPID, SABAH hingga kini. Dalam mendokong "lifelong learning" telah berjaya menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam pengajian Pengurusan Sukan dan bergaruasi pada November 2019. Akhir kata, percaya pada diri dan semuanya akan baik. ALL IS WELL!!! |
|
ALL IS WELL" |